doaku


YA ALLAH,
KAU berilah aku kekuatan minda,fizikal and rohani.
berilah aku keyakinan dalam pembelajaranku..
kau berkatilah ilmu yang aku terima selama ini..
hanya keberkatanmulah yang aku pinta
amin..




Jumaat, 2 Oktober 2009

gempa bumi...kolejku 17

Pelajar ditempatkan sementara di UPM


SUBANG: Penuntut Malaysia yang belum dijemput ibu bapa mereka selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau di Padang, akan ditempatkan sementara di Kolej Kediaman 13 dan 17, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Radin Umar, berkata ibu bapa boleh menghubungi UPM di talian 019-3386571 dan 017-2835536 untuk mendapatkan maklumat mengenai anak mereka.

Seramai 323 penuntut Malaysia di Padang selamat sampai di tanah air dengan pesawat pengangkut TUDM jenis Hercules dan CN535 pagi ini.

Kumpulan pertama seramai 182 penuntut tiba pada 5.05 pagi manakala kumpulan terakhir seramai 23 penuntut tiba pada 8.30 pagi ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, yang turut berada di sini bagi menyambut mereka berkata semua penuntut itu dibawa pulang menerusi empat penerbangan dengan pesawat TUDM. - Bernama


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091002095804/Article/

-alfatihah untuk semua mangsa yang terkorban...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan