doaku


YA ALLAH,
KAU berilah aku kekuatan minda,fizikal and rohani.
berilah aku keyakinan dalam pembelajaranku..
kau berkatilah ilmu yang aku terima selama ini..
hanya keberkatanmulah yang aku pinta
amin..




Rabu, 14 Mac 2018

Spm 2017

Post ni khas untuk lepasan SPM 2017, terutama, adik bongsu ku, Nur Lini...

Hai adik2.. Esok keluar result SPM kan?
Apa perasaan korang? Nervous tak?

12 years ago (2006) i was in your shoe..
Malam tu, tak boleh tidur langsung..
Bercampur baur perasaan..
Dah kita dok fikir perasaan parents.. (takut kena marah dengan abah kita)
Perasaan dan harapan cikgu-cikgu.. (pelajar harapan la konon)
Dahla esoknya nak kena travel atleast 1 hour to banting from kajang (dulu sekolah kat banting)...

Pagi hari keputusan.. Lagilah bercampur baur perasaan...
Dah la dengan gelisah, mengantuk lagi... Jauh betul rasa sekolah tu dengan rumah..

Tak lama pastu, result keluar..
Alhamdulillah... Walaupun tak sampai 🎯 (well rasanya semua orang target full A kan), tapi tak la teruk sangat pun..
Ada some subjects dapat result as expected, ada yang terlebih, ada jugak yang terkurang.. Tapi itu rezeki.. Dah kita usaha macam mana, macam itulah keluar result tu

I remembered my dearest Sir Khairi Bidin,(masa tu Sir PK HEM if im not mistaken, Sir jugak was my EST teacher)..kami kena ambil keputusan dekat pejabat beliau..
And he asked me... "dini, macam mana nak jadi doktor ni? Keputusan subjek sains awak semua B?"
Hmm.. Sir, sedih jugak saya dengar soalan sir tu.. Tapi it does motivates me sir!
Jadi after that masuk matrikulasi, saya pulun jugaklah.. Haha

Anyway.. Berkat doa semua, Sir, i am a doctor now.. Thank you so much for your doa 😀

Anyway,
Untuk adik2.. Just keep in mind, result spm esok.. Bukan lah segala2nya.. You have long way to go... InsyaAllah, kalau nyawa panjang.. Banyak lagi perkara yang mendatang..
Result tak keluar macam your expectations? Nak nangis? Silakan menangis.. Lepas tu, sila move on!

Result gempak? Nak bergembira? Silakan! You deserve it! Lepas tu, sila move on juga!

And remember, ucapkan syukur kepada Allah, dengan apa jua keputusanmu.. ALLAH KNOWS THE BEST! 😘

Lastly, semoga berjaya, dan tahniah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan